Looking for Something Try ME/Mencari Sesuatu Cuba SAYA

Google
 

Monday, June 16, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al – Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hokum dan undang undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikkan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu kufur (akan nikmatKu).

Wahai sekalian orang orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang orang yang sabar.

Surah AL BAQARAH 148 – 150

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar.” [Al-Anfaal – 46]

0 comments:

About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | Blog Design | 2007 Company Name