Looking for Something Try ME/Mencari Sesuatu Cuba SAYA

Google
 
Showing posts with label Islamic Articles/Bacalah. Show all posts
Showing posts with label Islamic Articles/Bacalah. Show all posts

Friday, August 8, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186)

Surah AL BAQARAH 184 – 186

MAKSUD :

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Ayat Al-Ahzaab : 35)

Thursday, July 31, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (181)

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (182)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

Surah AL BAQARAH 181 – 183

MAKSUD :

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Ayat Al-Ahzaab : 35)

Thursday, June 19, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang orang mati; bahkan mereka itu orang orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang orang yang sabar.

Iaitu orang orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Surah AL BAQARAH 154 – 156

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [Ar Ruum – 41]

Monday, June 16, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al – Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hokum dan undang undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikkan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu kufur (akan nikmatKu).

Wahai sekalian orang orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang orang yang sabar.

Surah AL BAQARAH 151 – 153

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar.” [Al-Anfaal – 46]

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al – Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hokum dan undang undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikkan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu kufur (akan nikmatKu).

Wahai sekalian orang orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang orang yang sabar.

Surah AL BAQARAH 148 – 150

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar.” [Al-Anfaal – 46]

Sunday, June 8, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan bagi tiap tiap umat ada arah (kiblat) yang masing masing menujunya; oleh itu berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana dimana sahaja kamu berada maka Allah akan tetap membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu kea rah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu kearah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang orang yang menyalahi kamu, kecuali orang orang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).

Surah AL BAQARAH 148 – 150

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hokum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajid diikuti oleh masing masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak mengujikan kamu (dalam menjalankan) apa yang telah sisampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” [Al-Maaidah –48]

Thursday, June 5, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan segala keterangan perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang orang yang zalim.

Orang orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Kebenaran yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali kali engkau termasuk dalam golongan orang orang yang ragu ragu.

Surah AL BAQARAH 145 – 147

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya” [A-li Imraan’ –71]

Sunday, June 1, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Orang orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yyang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang orang (yang beriman).

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu kearah masjid Al – Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Surah AL BAQARAH 142 – 144

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal hal hidup), demikian juga bulan bulan yang mulia, dan binatang binatang korban, dan kalong kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.” [Al – Maaidah’ 97]

Thursday, May 22, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum yahudi dan nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan ikhlas kepadaNya;

“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak anaknya, mereka semua adalah orang orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

Surah AL BAQARAH 139 – 141

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.” [Al – Israa’ 19]

Monday, May 19, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Katakanlah (wahai orang orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al – Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi Nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membezakan bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membezakan bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata mata.”

Maka Kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab Kitab Allah dan Rasul rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Katakanlah wahai orang orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

Surah AL BAQARAH 136 – 138

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” [Yusuf 40]

Thursday, May 15, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakana itu wahai orang orang yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hamper mati, ketika ia berkata kepada anak anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadanyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka balasan apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula balasan apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadikanlah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah wahai Muhammad: “Kami orang orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap diatas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang orang musyrik”.

Surah AL BAQARAH 133 – 135

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang orang musyrik.” [A-li “Imran 67]

Sunday, May 11, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak anaknya) katanya: “Wahai anak anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

Surah AL BAQARAH 130 – 132

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa, dan jangan sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” [A-li “Imran 102]

Thursday, May 8, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami; umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah AL BAQARAH 127 – 129

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” [A-li “Imran 96]

Tuesday, April 29, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah


Assalamualaikum wr. Brkth



BismillahirahmaniRahim.



BismillahirahmaniRahim.



BismillahirahmaniRahim















Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri ( ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang di redhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.



Dan mereka (orang orang musyrik) berkata: “Allah mempunyai anak”. Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang Memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.



Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: ”Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.


Surah AL BAQARAH 115 – 117


Wahai Allah Maha Besar dan Pemaaf, Ampun dosaku atas kesilapanku atas kelemahan diriku.



Sebenarnya terjemah maksud ayat diatas adalah dari ayat 115 hingga 117 bukannya dari ayat 112 hingga 114 yang di hantar sebelumnya.
















Dan (orang orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: “Alangkah eloknya kalau Allah berkata kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?’ Demikian pula orang orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang di katakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.



Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli nereka.



Orang orang yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka); “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Surah AL BAQARAH 118 – 120




Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu di timpa azab yang berat (di akhirat). [Saba’ : 40]


About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | Blog Design | 2007 Company Name