Looking for Something Try ME/Mencari Sesuatu Cuba SAYA

Google
 

Sunday, April 13, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Banyak di antara ahli kitab (yahudi dan nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkan lah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu.

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikkan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapatkan balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: ”Tidak sekali kali akan masuk syurga melainkan orang orang yang beragama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu adalah angan angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad) : Bawakanlah kemari keterangan keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang orang yang benar”.

Surah AL BAQARAH 109 – 111

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!” [Al-Hasy-r : 16]

0 comments:

About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | Blog Design | 2007 Company Name