Looking for Something Try ME/Mencari Sesuatu Cuba SAYA

Google
 

Monday, May 19, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Katakanlah (wahai orang orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al – Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi Nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membezakan bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membezakan bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata mata.”

Maka Kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab Kitab Allah dan Rasul rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh pertunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Katakanlah wahai orang orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

Surah AL BAQARAH 136 – 138

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” [Yusuf 40]

0 comments:

About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | Blog Design | 2007 Company Name